Pertandingan Pembangunan Aplikasi Huawei Apps UP Diumumkan Dengan Hadiah Bernilai RM4 Juta

Pertandingan Pembangunan Aplikasi Huawei Apps UP Diumumkan Dengan Hadiah Bernilai RM4 Juta

Diterbitkan pada July 2, 2020 oleh .

Selepas berpindah sepenuhnya ke Huawei Media Services (HMS) tahun lalu, peranti Huawei hanya boleh memuat turun aplikasi menerusi AppGallery. Ramai pengguna merungut jumlah aplikasi yang ditawarkan gedung Huawei ini adalah tidak sebanyak di Play Store. Bagi meningkatkan jumlah aplikasi yang ditawarkan Huawei menganjurkan pertandingan Apps UP yang dengan penawaran hadiah bernilai $1 Juta (~RM 4.29 juta).

Penyertaan akan dibuka sehingga 30 Ogos. Hadiah akan diberikan di dalam kategori aplikasi terbaik, permua terbaik, paling popular, yang memberikan impak sosial terbaik dan anugerah khas. Untuk menyertai Apps Up, pembangunan perlu berdaftar menggunakan Huawei ID dan berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (3 ahli sahaja).

Pertandingan ini boleh disertakan oleh pembangun dari Asia Pasifik, Eropah, China, Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah. Selepas menjalani beberapa proses pengadilan, pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober. Untuk terma dan syarat sila ke pautan di bawah.



Paling Popular