Cari @ Amanz

Apple baru-baru ini mengumumkan mereka akan mula membangunkan CPU ARM mereka sendiri yang dinamakan Apple Silicon yang akan digunakan pada siri komputer riba MacBook mereka.

Nampaknya komputer desktop Mac seperti iMac dan Mac Pro masih lagi akan menggunakan CPU keluaran Intel buat masa ini, dan ini dapat dilihat melalui sebuah model CPU Intel Core i9 baru iaitu Intel Core i9-10910.

Menurut spesifikasi yang diperlihatkan, CPU ini hadir dengan sejumlah 10 teras fizikal dan 20 bebenang kuasa dengan kelajuan asas 3.6GHz. Kemampuan lewahjam pula ditetapkan pada 4.7GHz, dan kedua-dua spesifikasi ini meletakkan CPU Core i9-10910 ini diantara CPU Intel Core i9-10900 dan Intel Core i9-10900K.

Spesifikasi ini boleh dilihat melalui tangkapan skrin Geekbench yang memperlihatkan iMac yang juga menggunakan kad grafik AMD Radeon RX5300.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd