Carian
OnePlus Nord Menggunakan Cip Snapdragon 765G
July 2, 2020 Aman

OnePlus Nord merupakan salah satu telefon pintar pada harga lebih mesra poket daripada OnePlus yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Pihak OnePlus sedia mengesahkan nama peranti ini sebagai OnePlus Nord, dan kini melalui sebuah temuramah, ia disahkan yang mana telefon pintar ini hadir dengan cip Snapdragon 765G.


Cip ini boleh dikatakan adalah cip berspesifikasi pertengahan, dan hadir dengan sokongan rangkaain 5G.

Pengesahan ini sekaligus membuatkan desas-desus mengatakan OnePlus Nord dijana cip MediaTek adalah tidak tepat.

Selain daripada cip pemprosesan, ia turut dijangka telefon pintar ini hadir dengan dwi-lubang pada skrin hadapan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam masa terdekat ini.

Komen