Google Pixel 3a dan 3a XL adalah peranti kelas pertengahan yang digemari ramai. Walaupun mempunyai prestasi yang mengecewakan, tetapi ia adalah satu-satunya peranti Google baru pada tahun lepas yang murah dan mempunyai kemampuan kamera GCam yang ramai suka. Peranti ini juga adalah peranti yang menaikkan jualan Google Pixel, akibat jualan siri Pixel 3 yang mengecewakan.
Terkini, Google telah menghentikan penjualan Pixel 3a dan Pixel 3a XL. Berkemungkinan sekali ingin memberi laluan kepada juala Pixel 4a yang ramai nanti-nantikan. Semua stok di Google Store juga telah habis untuk Pixel 3a dan mereka yang masih berminat perlu membeli dari penjual lain jika stok masih ada. Pixel 4a juga tidak akan mempunyai saiz XL dan Google akan menjual pada harga lebih murah dari rancangan asal bagi menandingi jualan iPhone SE. Harga murah Pixel 4a dikatakan adalah untuk saiz 128GB dan tidak lagi untuk 64GB.
Apa-apa pun, kehadiran peranti ini akan tiba tidak lama lagi dan ia dilihat menggunakan rekaan serba unik berbanding dengan Pixel lain. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi jualan peranti ini akan datang.