Cari @ Amanz

OneDrive For Business digunakan oleh banyak syarikat korporat yang memerlukan jumlah storan yang besar untuk menyimpan fail-fail digital mereka.

Walaupun begitu, sebelum ini jumlah saiz untuk satu fail yang boleh dimuat-naik sebelum ini adalah 15GB. Untuk pengguna biasa, saiz fail ini boleh dikatakan sangat besar, tetapi untuk mereka yang bekerja didalam industri rekaan dan kejuruteraan industri, ia tidak cukup besar.

Oleh kerana itu, Microsoft telah mengumumkan bahawa OneDrive For Business dan SharePoint akan menerima kemaskini dimana pengguna boleh memuat-naik fail bersaiz 100GB.

Selain daripada itu, pengguna OneDrive For Business juga akan diberi pilihan untuk berkongsi pautan fail melalui perkhidmatan Microsoft Teams. Bukan itu sahaja, perkongsian pautan melalui URL dan butang “Add To OneDrive” juga akan diperkenalkan untuk mereka.

Mod gelap ialah sesuatu yang telah diperkenalkan pada OneDrive untuk Android dan iOS sebelum ini, tetapi Microsoft mengumumkan bahawa OneDrive untuk desktop juga akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk pengguna biasa dan juga bisnes.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd