Spesifikasi Motorola Razr 5G Kini Tertiris Di Arena Web

Spesifikasi Motorola Razr 5G Kini Tertiris Di Arena Web

Diterbitkan pada July 2, 2020 oleh .

Motorola sebelum ini berjaya menarik perhatian dunia menerusi kemunculan semula model Motorola Rarz yang hadir dengan rekaan futuristik dan paparan fleksibel. Kini, mereka dilaporkan dalam perancangan untuk menawarkan peranti ini dalam versi 5G pula dan spesifikasinya mula tertiris.

Menurut perkongsian oleh Evan Blass, model kali ini dipercayai memiliki paparan utama bersaiz 6.2-inci yang sama dengan model terdahulu. Ia juga dikhabarkan menggunakan storan sebesar 256GB, perisian Android 10 terkini, kamera utama 48-Megapixel + 20-Megapixel serta dilengkapi slot untuk nano-SIM dan e-SIM. Selain itu, peranti ini dijangka tidak disertakan dengan sokongan kalis air dan akan tersedia dalam warna Mercury Silver. Tapi sayang, penyenaraian tidak pula mendedahkan cip pemproses yang bakal digunapakai.

Seperti biasa, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Motorola. Tetapi, dengan ketirisan maklumat ini, ramai pihak menjangkakan ia berkemungkinan besar muncul tidak lama lagi.



Paling Popular