Cari @ Amanz

Kenderaan elektrik pernah dilihat sebagai tidak menguntungkan kerana harga jualan yang tinggi dan harga minyak yang masih rendah. Sejak sedekad yang lalu pembangunan kenderaan elektrik kembali pesat kerana pengguna lebih cakna dan ia adalah trend yang semakin popular. Hyundai minggu ini melancarkan County Electric – bas elektrik pertama mereka.

Bas ini dilengkapi bateri 28-kWh Li-ion  yang memberikan jarak operasi sehingga 250 kilometer dengan sekali caj. Proses pengecasan semula boleh dilakukan dalam masa 72 menerusi pengecas 150 kW. Pengecasan menggunakan palam 220V di rumah pula mengambil masa 17 jam.

Kabin boleh menempatkan 15-33 penumpang bergantung kepada konfigurasi tempat duduk. Kabin pemandu dilengkapi tiga skrin LCD dengan skrin utama 7-inci mempamerkan maklumat penting seperti kelajuan dan tahap bateri.  Antara ciri menarik Country Electric ialah sensor pada pintu bas yang mengesan penumpang. Jika penumpang dikesan bas tidak akan bergerak walaupun pedal ditekan. Sistem brek juga mengitar semula haba kembali ke kuasa elektrik.

Menurut Hyundai, Country Electric mempunyai prestasi pecutan yang 30% lebih baik berbanding bas diesel konvensional. Sistem brek udara dan hidrolik yang digunakan pula memberikan kuasa memberhentikan kenderaan yang baik walaupun bas lebih berat berbanding biasa kerana pek bateri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd