Honor X10 Max Dilancarkan – Telefon Pintar 7.09 Inci Yang Dijana Dimensity 800 5G

Honor X10 Max Dilancarkan – Telefon Pintar 7.09 Inci Yang Dijana Dimensity 800 5G

Diterbitkan pada July 2, 2020 oleh .

Honor baru-baru ini telah melancarkan peranti kelas pertengahan 5G baru mereka, iaitu Honor X10 Max. Peranti ini digelar sebagai telefon pintar, tetapi saiz skrinnya adalah 7.09-inci yang masa adalah sebesar sebuah tablet. Peranti ini adalah sebuah lagi peranti 5G yang mampu milik secara tidak langsung menandingi peranti Snapdragon 765G yang masih lagi terhad di pasaran luar.

Honor X10 Max menggunakan skrin LCD 7.09-inci, FHD+ dan 356 ppi. Untuk cip pemprosesan, Honor memilih cip MediaTek MT6873 atau nama lainnya adalah Dimensity 800 5G. Untuk memori ia bopeh dipilih sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera pula adalah 48+8+2 Megapixel dan kamera swafoto pula adalah 8 Megapixel. Dari segi perisian, ia menjalankan Android 10 dengan antaramuka MagicUI 3.1. Untuk bateri pula, 5000mAh digunakan dengan pengecasan pantas 22.5W dan sokongan menjadikan peranti ini sebagai powerbank.

Sistem sekuriti yang digunakan pula adalah pengimbas cap jari yang terbina di sisi peranti. Peranti ini turut mempunyai NFC untuk pembayaran nirwayar, sokongan tambatan pada kereta untuk penggunaan Huawei HiCar, dan akhir sekali pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru dan perak. Harga jualan pula bermula dari RMB2,299, iaitu sekitar RM1,395.



Paling Popular