Cari @ Amanz

Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi Windows 10 Insider Beta versi terbaru, dan salah satu perbezaan dari segi antaramuka yang dapat dilihat ialah perubahan kepada Start Menu.

Melalui sistem operasi ujian ini, ciri Start Menu dilihat mempunyai latar belakang lutsinar, disamping jubin perisian yang seragam warnanya, dan tidak lagi menggunakan blok warna berlainan.

Start Menu ini juga akan berubah warnanya jika mod gelap digunakan. Malah, pengguna turut boleh memilih warna yang ingin digunakan bergantung kepada pilihan yang diberi.

Microsoft juga menguji perubahan sistem operasi kepada mod tablet secara automatik pada komputer riba 2-dalam-1 apabila bahagian tablet dicabutkan.

Microsoft Edge juga memperlihatkan ciri baru dimana memegang Alt+Tab akan memperlihatkan semua tab yang dibuka pada pelayar web tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd