Carian
Motorola One Fusion Rasmi Dengan Cip Snapdragon 710 Dan Lensa Utama 48MP
July 3, 2020 Amy Maizuraa

Motorola telah memperkenalkan peranti terkini mereka, Motorola Fusion One+ sekitar bulan Jun lepas. Dalam diam, Motorola kini menambah sebuah lagi ahli baru dengan memperkenalkan Motorola Fusion One dengan penawaran spesifikasi yang lebih rendah.

Motorola Fusion One hadir dengan skrin berukuran 6.5-inci HD+ (1600 × 720) dengan penggunaan paparan bertakuk kecil. Untuk tunjang utama, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 710, memori 4GB RAM, storan 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Ia juga dilengkapi dengan gabungan empat lensa utama iaitu 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut lebar) + 5-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (Makro). Kamera swafoto pula adalah 8-Megapixel. Peranti ini juga didatangkan dengan sokongan pengimbas cap jari fizikal dan tersedia dalam dua warna iaitu Emerald Green dan Deep Sapphire Blue.

Komen