Cari @ Amanz

Kamera Swafoto Xiaomi Mi 10 Pro Rangkul 83 Mata Dalam Ujian DxOMark

Link Copied!

Xiaomi Mi 10 Pro telah diperkenalkan di Malaysia sekitar April lalu dengan dan merupakan antara peranti terawal dengan Snapdragon 865 di negara kita. Peranti ini disertakan dengan sejumlah spesfikasi menarik termasuklah kamera swafoto beresolusi 20-Megapixel.

Bagi anda yang ingin mengetahui mengenai prestasinya DxOMark kini telah berkongsi markah untuk kamera hadapan peranti ini. Keputusan memperlihatkan peranti ini sekadar mencatatkan skor sebanyak 83 mata. Peranti ini menerima skor 84 mata untuk kemampuan fotografi dan 81 mata pula untuk kemampuan videografi.

Pujian diberikan kepada keupayaan kamera menghasilkan gambar dengan perincian baik pada pencahayaan cukup, pendedahan yang tepat pada wajah dan fokus pada subjek yang memuaskan. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad, penghasilan gambar penuh dengan hingar dalam semua keadaan, hasil bokeh tidak konsisten dan penghasilan tona warna kulit yang tidak semula jadi.


Komen ()