Cari @ Amanz

Telefon pintar realme X50 Pro 5G sudahpun memasuki pasaran tempatan secara rasmi. Ia telah dipasarkan pada harga RM2999 yang mana ia berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan daripada sebuah peranti mercu. realme X50 Pro 5G ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.44 inci Samsung Super AMOLED dengan paparan kadar segar semula 90Hz, dijana dengan cip Snapdragon 865 5G, pengecasan 65W SuperDart Flash Charge yang mampu mengecas penuh dalam masa 35 minit dan empat kamera belakang gabungan 64MP+12MP+8MP+2MP serta dwi kamera untuk rakaman swafoto, gabungan 32MP+8MP.

Namun, pada artikel kali ini kita akan membincangkan bagaimana cip pemprosesan Snapdragon 865 ini membantu dalam memberi kelancaran dan kepantasan pada prestasi realme X50 Pro 5G. Cip pemprosesan Snapdragon 865 ini dilengkapi dengan binaan 7nm lapan teras yang mana ia membantu sesebuah telefon pintar untuk memberi tindak balas dengan lebih pantas. Menurut realme, prestasi keseluruhan telefon pintar ini telah ditambah baik sehingga 25% apabila mereka menjanakannya dengan cip Snapdragon 865 ini.

Cip Snapdragon 865 ini juga telah dibina dengan kebolehan grafik yang baik dan juga dapat memberi ketahanan kepada bateri untuk kegunaan dalam tempoh masa yang lama, iaitu sebesar 4200mAh. Oleh itu, sekiranya anda seorang pemain permua yang tegar, dengan membeli realme X50 Pro 5G ini, anda tidak akan menyesal kerana ia memberi anda kepuasan untuk bermain permua dalam tempoh masa yang panjang. Malah, sistem pengecasan yang disertakan pada telefon pintar ini juga dikatakan mampu untuk membuat pengecasan penuh dalam masa hanya 35 minit sahaja.

Bukan sekadar itu sahaja, cip Snapdragon 865 ini juga akan menyokong rangkaian 5G kelak, yang mana ia akan membenarkan mana-mana telefon pintar yang dijana dengan cip pemprosesan ini untuk disambungkan kepada rangkaian internet dengan lebih pantas. Hal ini kerana ia dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 6 yang menjanjikan sambungan internet yang lebih laju.

Kadar pendam (latency) yang terdapat pada binaan Wi-Fi ini juga rendah, yang menjadikannya 40% lebih pantas daripada generasi Wi-Fi sebelumnya dimana ia telah dikurangkan daripada 30ms kepada 20ms. Malah, menurut realme, dengan adanya Wi-Fi 6 pada realme X50 Pro 5G  ini, telefon pintar ini dikatakan mampu untuk disambungkan kepada dua sambungan Wi-Fi dengan serentak untuk menawarkan sambungan internet yang lebih stabil dan pantas.

Dengan Snapdragon 865 yang akan menyokong rangkaian 5G kelak, ia sedikit sebanyak membantu dalam memberikan paparan kandungan yang beresolusi tinggi dengan kadar muat turun yang lebih pantas. Tambahan pula, telefon pintar ini ditawarkan dengan kapasiti memori dan storan 12GB bersama 256GB UFS 3.0 Turbo Write. Melalui sokongan ini, ia sekaligus memberi anda peluang untuk memuat turun lebih banyak aplikasi dan dapat menikmati pengalaman permainan yang lebih lancar serta tidak lengah masa.

Jika kita lihat pada tahun 2019, Snapdragon 855 boleh dikatakan antara cip pemprosesan terbaik untuk digunakan bagi tujuan bermain permua pada telefon pintar Android. Kemudian, apabila datangnya Snapdragon 865 yang telah ditambah baik prestasinya, mungkin kita boleh menjangkakan kehebatan realme X50 Pro 5G ini sendiri yang menyertakan janaan Snapdragon 865 ini pada peranti mereka.

Realme X50 Pro 5G

Melaluinya, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan apabila menggunakan realme X50 Pro 5G ini. Antaranya adalah dari segi paparan, ketahanan bateri, sambungan internet yang baik dan juga kelancaran secara keseluruhan yang memuaskan untuk bermain permua. Jadi, jika anda berminat untuk memiliki realme X50 Pro 5G ini, boleh dapatkannya dengan harga RM2999 melalui kedai rasmi realme di Lazada pada 7 Julai 2020.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd