Harga Jualan Realme X50 Pro 5G Tertiris Awal – Mungkin Berharga RM2999 Sebuah

Harga Jualan Realme X50 Pro 5G Tertiris Awal – Mungkin Berharga RM2999 Sebuah

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Sedia maklum, Realme X50 Pro 5G bakal di lancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini. Namun begitu, harga jualannya telah tertiris awal menerusi laman Lazada hari ini iaitu RM2,999 (12GB + 256GB) sebuah. Jualan akan dibuka pada 7 julai, jam 12 pagi secara eksklusif menerusi laman edagang ini. Perkara ini dikongsikan oleh pembaca Amanz melalui promosi Lazada untuk Realme yang diterima mereka.

Realme X50 Pro 5G hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan skrin 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lensa hitam-putih. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar).

Telefon pintar ini bakal menjadi antara telefon pintar Realme terawal yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G, selain menawarkan spesifikasi mercu setanding pelbagai jenama popular lain. Jadi, sekiranya benar harga akhirnya adalah sama seperti harga tertiris ini, apa kata anda?



TIPS & ULASAN