MMU Dan KKMM Memulakan Penyelidikan Berkaitan Undang-Undang Antibuli Siber

MMU Dan KKMM Memulakan Penyelidikan Berkaitan Undang-Undang Antibuli Siber

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Isu buli atas talian ataupun buli siber merupakan salah satu daripada isu yang membelenggu pelbagai lapisan masyarakat tatkala negara membangun dan lebih ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan sambungan ke Internet dengan mudah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bersama-sama dengan universiti tempatan Multimedia University (MMU) telah memulakan penyelidikan tentang pembangunan dasar undang-undang antibuli siber.

Menurut beliau, Malaysia sudahpun mempunyai undang-undang mengenai tata-tertib atas talian, tetapi isu buli siber dikatakan semakin meningkat, dan penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji jika Malaysia memerlukan undang-undang tersebut ataupun tidak.

Selain daripada para penyelidik MMU dan juga KKMM, penyelidikan ini juga akan mengambil pandangan daripada beberapa pihak badan kerajaan lain seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity Malaysia dan Majlis Peguam.

Penyelidikan ini akan dijalankan selama enam bulan, dan jika ia didapati bahawa Malaysia memerlukan undang-undang antibuli siber ini untuk mengekang kes-kes yang sedang meningkat, kerajaan akan memperincikan jenis kesalahan dan hukuman yang sepatutnya.



TIPS & ULASAN