MediaTek Mengumumkan Cip Pemproses TV Pintar S900 – Menyokong 5G, WiFi 6 & 8K

MediaTek Mengumumkan Cip Pemproses TV Pintar S900 – Menyokong 5G, WiFi 6 & 8K

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Era TV pintar semakin meluas apabila jenama telefon pintar mula menawarkan produk ini agar pengguna selesa dengan ekosistem jenama mereka. Tidak kira TV yang menjalankan Android, webOS atau sistem operasi tersendiri – kesemuanya wajib boleh digunakan bersama-sama dengan telefon pintar atau sekurang-kurangnya peranti berhubung lain. Setiap televisyen ini juga memerlukan cip pemproses tertentu bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Terkini, MediaTek telah mengumumkan cip pemproses S900 – iaitu cip untuk TV pintar yang menyokong resolusi 8K, WiFi 6, 5G dan juga sistem kecerdasan buatan. Melalui cip ini juga, ia mampu memainkan video dengan kualiti yang hebat, warna yang jitu, kontras warna cantik, selain dari tiada masalah kekaburan pada imej bergerak. Cip ini juga mampu mengenalpasti adegan/babak tertentu dan mengubah tetapan warna mengikut keadaan yang sesuai. Turut tersedia adalah kemampuan pembantu digital yang memudahkan pengguna terus berinteraksi dengan televisyen dan cip ini juga bertindak sebagai otak untuk TV ini menjadi hab peranti berhubung.

Ia menjamin kadar segar semula tinggi, cip dibina berasaskan ARM Cortex A93 dan mampu memproses kandungan HDR10/HDR10+, Dolby Vision, dan HLG. Selain itu ia menggunakan HDMI 2.1a yang menyokong pemindahan data 48Gbps untuk memainkan kandungan 4K 120Hz atau HDR10+ dengan nilai tint 4:4:4. Secara tidak langsung ia sesuai untuk kedua-dua memainkan video dan permainan video.



TIPS & ULASAN