Pengeluaran iPhone Di India Terganggu Kerana Perbalahan Dengan China

Pengeluaran iPhone Di India Terganggu Kerana Perbalahan Dengan China

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Tentera India dan China bertempur dua minggu lalu kerana perebutan kawasan di sempadan Himalaya mengakibatkan 20 kematian. Sejurus selepas ini berlaku, India mula mengharamkan aplikasi popular seperti TikTok, Mobile Legends dan WeChat dari dimuat turun di negara mereka kerana aplikasi buatan China ini dilihat menimbulkan masalah kepada negara. Tetapi perbalahan di antara dua negara ini masih berterusan dan kini mengganggu pengeluaran iPhone di India.

Komponen yang diperlukan untuk pemasangan iPhone di India diimport dari China. India menjadi tempat pengeluaran peranti mampu milik iPhone SE dan iPhone XR sejak kilangnya dibuka oleh Foxconn beberapa tahun yang lalu.  Pada waktu ini komponen-komponen ini masih tersekat di beberapa pelabuhan sejak seminggu lalu kerana tidak dilepaskan oleh pihak kastam India. Selain Apple, pengeluaran peranti Xiaomi dan Dell juga turut terganggu.



TIPS & ULASAN