Kerajaan Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Penghujung Tahun Ini

Kerajaan Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Sedia maklum, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan diskaun ke atas bil elektrik selama enam bulan bermula 1 April hingga September 2020. Peka akan situasi dan keluhan dalam kalangan pengguna, kerajaan kini bersetuju untuk melanjutkan lagi diskaun ini sehingga 31 Disember 2020.

Melaluinya, semua pengguna domestik di semenanjung Malaysia akan terus menikmati potongan antara 2% hingga 50%, sementara pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan menikmati potongan sebanyak 2% bergantung kepada penggunaan.

Difahamkan, lanjutan 3 bulan bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan dibiayai oleh dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta. Diskaun untuk pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.



TIPS & ULASAN