Carian
Samsung Kini Mempunyai Alat Pensteril UV Dengan Pengecas Nirwayar Terbina
July 3, 2020 Fahim Zahar

Covid-19 adalah virus merbahaya yang membunuh ramai orang. Disebabkan virus ini, perintah berkurung dilakukan, pembatasan sosial, banyak premis perniagaan tutup dan banyak perniagaan tergendala. Kini di Malaysia, kita berada di fasa PKPP iaitu pemulihan. Zaman pasca-Covid-19 bermula, walaupun tiada lagi perintah berkurung – itu tidak bermakna kita sudah boleh berkumpul beramai-ramai, lupa memakai pelitup muka atau membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan.

Begitu juga dengan barang-barang yang kita guna secara harian, semuanya perlu dibersihkan. Ingat lagi atau tidak, yang Samsung ada tawarkan perkhidmatan mensanitasi peranti pengguna? Kini, Samsung dilihat mula menjual alat ini – tetapi untuk pasaran Thailand sahaja. Menarik dengan alat ini adalah, ia turut berfungsi sebagai pengecas nirwayar untuk mengecas peranti Samsung atau Galaxy Buds. Alat ini turut boleh membasmi kuman-kuman pada barang lain seperti jam atau juga cermin mata dan ia tidak terhad kepada gajet sahaja.

Di Thailand, Samsung menjualnya pada harga 1,590 baht iaitu sekitar RM219. Bagi mereka yang risaukan kuman berkeliaran pada peranti, ini adalah alat yang baik untuk dimiliki. Sayangnya, ia tidak dijual di Malaysia.

Komen