Xiaomi sedia terkenal dengan siri Redmi K yang terdiri daripada model , Redmi K30 5G, Redmi K30 Pro, Redmi K30 5G Racing Edition dan Redmi K30i 5G. Kini, terdapat pula dakwaan yang mengatakan model ‘Redmi K30 Ultra’ telah ditemui dalam versi beta MIUI 12 – ia mungkin boleh menjadi telefon baru dalam portfolio Xiaomi.
Sumber berkata, peranti yang juga muncul dengan kod nama “cezanne” ini mungkin dilengkapi kamera 64-Megapixel, persediaan kamera pop-naik dan menggunakan cip MediaTek. Namun begitu, tiada perincian lanjut mengenai cipnya, tetapi ramai berspekulasi ia mungkin menggunakan cip daripada siri MediaTek Dimensity 1000. Ia juga mungkin menggunakan panel dengan kadar segar semula yang tinggi antara 120Hz atau 144Hz.
Seperti biasa, maklumat dikongsi masih dipertingkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin kita akan mendengarnya lebih lanjut pada masa terdekat. Sekadar selingan, kalau anda perasan, kebanyakan peranti 5G daripada Redmi dan Xiaomi menggunakan cip Snapdragon, kecuali model Redmi 10X dan 10X Pro.