Cari @ Amanz

Ura-ura yang mendapat reaksi agak negatif minggu lalu ialah Apple mungkin tidak akan menyertakan pengecas dan fon telinga dengan setiap pembelian iPhone 12. Antara spekulasi yang didengari ialah kebanyakan pengguna iPhone sudahpun memiliki pengecas dan menyertakan pengecas dengan setiap pembelian akan hanya menambah sisi elektronik. Tetapi ramai melihat ia sebagai satu lagi cara untuk Apple mengurangkan kos pengeluaran.

Tetapi di Brazil, Apple telah melalukan tinjauan di kalangan pembeli iPhone baharu. Antara soalan yang diberikan ialah nasib pengecas lama yang digunakan sebelum ini. Antara jawapan yang boleh dipilih ialah memberinya kepada saudara mara, mengitar semula dan tidak lagi berfungsi. Setakat ini tinjauan hanya diterima pemilik di Brazil sahaja. Ia mungkin adalah cara Apple untuk melihat sama ada tindakan tidak menyertakan pengecas kelak perlu diteruskan ataupun tidak.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Kami mempunyai beberapa pengecas iPhone lama yang kini diletakkan di pejabat, rumah ibu bapa,  di rumah dan satu lagi dibawa di dalam beg setiap masa. Dengan ini masalah pengecas tertinggal tidak akan lagi berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd