Apple Berhasrat Menggantikan Dokumen Pengenalan Seperti Pasport Menggunakan iPhone

Apple Berhasrat Menggantikan Dokumen Pengenalan Seperti Pasport Menggunakan iPhone

Diterbitkan pada July 6, 2020 oleh .

Pada hari ini, telah menjadi kebiasaan untuk telefon pintar dibawa oleh orang ramai – malah ada yang sering terlupa membawa dompet dan sebagainya, tetapi bukan telefon pintar.

Selari dengannya, pelbagai pengeluar menyasarkan untuk menggantikan barangan dalam saku pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Apple sendiri sebelum ini telah menyertakan integrasi dompet dan juga kunci – dua perkara yang sering dibawa oleh pengguna di dalam saku.

Terbaru, melalui paten yang didaftarkan oleh Apple, ia memperlihatkan gergasi perkomputeran berkenaan turut menyasarkan untuk menggantikan dokumen pengenalan diri seperti pasport dan lesen menggunakan iPhone.

Dengan langkah ini, pengguna hanya perlu membawa iPhone kemana-mana yang dituju, dan tidak perlu risau tertinggal dokumen pengenalan diri utama ketika keluar.

Walaupun idea seperti ini adalah agak menarik, tetapi penggunaan dokumen seperti pasport memerlukan pengesahan daripada pelbagai negara – sekaligus perlu memastikan ia mematuhi pelbagai piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.

Buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diimplementasikan dalam masa terdekat atau sebaliknya.



Paling Popular