Huawei Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Boleh Laras Seakan DSLR

Huawei Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Boleh Laras Seakan DSLR

Diterbitkan pada July 6, 2020 oleh .

Huawei cukup terkenal dengan prestasi dan kehebatan fotografi yang dikatakan antara terbaik sejak ia bekerjasama dengan Leica. Keunggulannya seakan tiada tandingannya dan kini, Huawei bakal terus mengukuhkan lagi ‘takhta’ ini.

Desas-desus ada mengatakan Huawei telah mempatenkan sebuah peranti misteri dengan binaan kamera unik yang boleh dilaras serupa dengan DSLR. Rekaan ini dilihat menyertakan tiga kamera yang terdiri daripada dua lensa lebih kecil dan sebuah lensa besar yang boleh ditanggalkan. Selain, terdapat juga sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Pelbagai pertanyaan mula timbul di kalangan ramai, adakah ianya sistem flash Xenon? Paten turut memperlihatkan, Huawei menggunakan port USB-C untuk sambungan.

Pun begitu, buat masa ini ia masih sekadar paten dan belum diketahui sama ada produk akhir akan menggunakan konsep sebegini ataupun sebaliknya. Tetapi jika ianya benar, apa pendapat anda mengenainya?



TIPS & ULASAN