Tiada Lagi Firefox Preview Untuk Android – Versi Percubaan Kini Terhad Kepada Beta & Nightly Sahaja

Tiada Lagi Firefox Preview Untuk Android – Versi Percubaan Kini Terhad Kepada Beta & Nightly Sahaja

Diterbitkan pada July 6, 2020 oleh .

Firefox for Android adalah aplikasi pelayar web untuk peranti Android. Ia adalah antara pelayar web yang memfokuskan sekuriti tinggi dan juga privasi pengguna. Selain daripada itu, ia juga merupakan aplikasi pelayar web yang tidak banyak menggunakan memori dan tidak kerap berjalan di latar belakang. Tetapi, jika dibandingkan dengan Chrome – Firefox tidak mempunyai banyak fungsi dan ciri seakan pesaingnya.

Bagi yang ingin mencuba versi percubaan Firefox, mereka mempunyai beberapa variasi РFirefox, Firefox Beta, Firefox Nightly, Firefox Preview, dan Firefox Preview Nightly. Ia terlampau banyak dan mengelirukan pengguna. Begitu juga dengan Chrome yang mempunyai beta, canary dan dev. Terkini, Firefox telah menamatkan versi Firefox Preview dan Preview Nightly Рagar semua versi pembinaan disatukan dalam satu versi sahaja iaitu Firefox Nightly. Secara tidak langsung menjadikan jumlah aplikasi Firefox adalah tiga, iaitu Firefox, Firefox beta dan Firefox Nightly.

Walaupun begitu, pelayar web baharu mereka yang menggunakan enjin GeckoView iaitu “Fenix” masih dikekalkan. Begitu juga dengan Firefox Focus iaitu pelayar web Firefox yang memfokuskan privasi semata-mata. Untuk muat turun, sila klik pautan di bawah.

[/download] Muat Turun Firefox Browser Di Play Store [/download]

[/download] Muat Turun Firefox Beta Di Play Store [/download]

[/download] Muat Turun Firefox Nightly Di Play Store [/download]



TIPS & ULASAN