Honor Malaysia hari ini telah mengumukkan pra-tempahan untuk komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor MagicBook 14. Pengguna boleh pra-tempahnya bermula esok, 7 Julai pada harga RM2499.
Honor MagicBook 14 ini hadir dengan skrin 14-inci IPS dengan resolusi 1980×1080 pixel, dijana cip AMD Ryzen 5 3500U, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Honor turut mengatakan ia menawarkan penggunaan bateri “sepanjang hari” dan dilengkapi pengecas USB-C 65W bersama dengannya.
Seperti kebanyakkan komputer riba, Honor MagicBook 14 ini turut hadir dengan sistem operasi berasaskan Windows 10.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk komputer riba ini bermula esok pada harga RM2499. Menariknya, bagi anda yang pra-tempah, turut berpeluang mendapatkan beberapa ganjaran tambahan seperti jam Honor MagicWatch, Honor PVC Laptop Pouch, Honor Backpack, dan juga tetikus Bluetooth.