Kerajaan UK Mungkin Menggantikan Kelengkapan 5G Huawei Pada Tahun Ini

Kerajaan UK Mungkin Menggantikan Kelengkapan 5G Huawei Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 6, 2020 oleh .

Kerajaan UK nampaknya sedang bersiap sedia untuk menggantikan semua kelengkapan rangkaian 5G Huawei dengan pilihan-pilihan lain. Mereka sebelum ini mengatakan akan mengehadkan penggunan peralatan tersebut kepada tempat-tempat tertentu, tetapi nampaknya akan mengubah keputusan tersebut.

Kerajaan tersebut dikatakan akan membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan kelengkapan 5G Huawei dalam masa enam bulan, dan sedang merangka langkah-langkah untuk mempercepatkan penggantian peralatan 5G Huawei sedia ada.

Perubahan polisi ini dilaporkan adalah kerana sekatan yang dikenakan terhadap Huawei berkenaan penggunaan teknologi Amerika Syarikat.

Oleh kerana Huawei kini tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan teknologi dan komponen yang dipercayai, mereka risau bahawa penggunaan komponen-komponen “alternatif” akan menyebabkan isu sekuriti yang meluas.

Sebelum ini, kerajaan UK mengatakan bahawa kelengkapan Huawei hanya akan digunakan untuk menguasakan rangkaian 5G di kawasan awam yang jauh daripada kawasan kerajaan ataupun pertahanan negara tersebut.



TIPS & ULASAN