Cari @ Amanz

Xiaomi Hadir Dengan “Jenner XS” – Tandas Pintar Premium Dengan Bidet Terbina

Link Copied!

Xiaomi tidak asing untuk barangan perkakasan rumah seperti perabot, barangan elektronik dan juga untuk kegunaan tandas. Ada di antaranya adalah dari Xiaomi sendiri dan ada juga dari rakan kerjasama mereka. Salah satu yang ramai tidak sangka Xiaomi akan lakukan adalah dengan melancarkan set mangkuk tandas pintar.

Terkini, melalui laman biayasama Youpin – Xiaomi hadir dengan mangkuk tandas premium yang lebih pintar dan hebat iaitu Jenner XS Fully Automatic Flip Integrated Smart Toilet. Mangkuk tandas ini mempunyai sistem mekanisme yang boleh laras ketinggian agar sesuai dengan pengguna. Ini bermakna tidak kira kanak-kanak kecil atau dewasa – ketinggian mangkuk tandas ini akan ditetapkan cara automatik. Akan tetapi, pengguna turut boleh melaras secara manual – jadi lebih selesa untuk duduk atau cangkuk tetapi tidak melenguhkan kaki.

 

Lebih menarik, sebaik sahaja pengguna mendekati mangkuk tandas ini – penutupnya akan terangkat dengan sendiri. Apabila dalam proses mencuci, sistem paip di dalamnya menyembur air yang lembut, lancar, selesa dan juga ada pilihan air berbuih. Harga jualan mangkuk tandas ini adalah bermula dari RMB 4,699 sehingga RMB 5,699 iaitu sekitar RM2861RM3470. Lebih menarik, Xiaomi turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk mangkuk tandas ini – iaitu putih, merah jambu, firus, jingga dan hitam.


Komen ()