Cari @ Amanz

Kerajaan UK hari ini dilaporkan akan melaburkan wang sebanyak £500 juta (RM2.7 bilion) untuk syarikat eksplorasi angkasa OneWeb untuk membolehkan syarikat tersebut menyiapkan projek Internet daripada angkasa lepas mereka.

OneWeb mempunyai pelan untuk membekalkan sambungan internet kepada pelbagai lokasi di seluruh dunia melalui sebuah rangkaian satelit yang cukup besar sekali.

Malah, OneWeb sepatutnya membangunkan sebuah rangkaian internet angkasa lepas menggunakan 650 buah satelit yang dapat membekalkan sambungan internet kepada kawasan Kutub Utara.

Buat masa ini, hanya 74 satelit yang telah dilancarkan, dan dengan pelaburan wang daripada kerajaan UK, bersama-sama dengan pelaboran daripada Bharti Global  OneWeb dijangka boleh melengkapkan pelancaran satelit-satelit yang lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd