OnePlus Nord Dijadualkan Tiba Pada 21 Julai Ini

OnePlus Nord Dijadualkan Tiba Pada 21 Julai Ini

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Perasan atau tidak, sejak dua menjak ini makin kerap kita disajikan dengan berita ketirisan pendatang baru OnePlus iaitu OnePlus Nord. Para peminat OnePlus juga tidak henti-henti bercakap dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya. Nampaknya mereka agak teruja dalam menunggu kedatangan peranti ini.

Untuk menambah lagi keterujaan itu, tarikh pelancaran rasminya kini telah tertiris menerusi sebuah ciapan oleh pengguna Twitter. Ciapan tersebut telahpun dipadam, namun sempat ditangkap layar oleh sumber dan ia dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2020. Difahamkan, acara ini akan diadakan secara atas talian dalam persembahan berbentuk AR.

Di samping itu, dalam catatan berbeza di laman Instagram rasmi OnePlus Nord pula, OnePlus mula mengacah orang ramai dengan rekaan untuk kotak pembungkus peranti ini. Terdapat penjenamaan ‘Nord’ pada hadapan kotak bersama sedikit kemasan warna biru pada bahagian tengah – dipercayai warna hiasan untuk bahagian dalamnya.

OnePlus Nord dipercayai hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.55-inci, dijana oleh Snapdragon 765G, kamera utama 64-Megapixel dan dwi kamera hadapan 32-Megapixel + 8-Megapixel. Untuk ketahui lebih lanjut? Kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan kelak.



Paling Popular