Carian
Peranti Boleh-Lipat Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Galaxy Z Fold 2
July 7, 2020 Amy Maizuraa

Samsung seakan-akan memberi gambaran akan meluaskan lagi penawaran di bawah siri Galaxy Z. Ia berikutan timbul desas-desus mengatakan peranti boleh-lipat Samsung yang seterusnya mungkin tidak akan dikenali sebagai Galaxy Fold 2. Sebaliknya, Samsung membuat sedikit pengubahsuaian dan mungkin menggunakan penjenamaan Galaxy Z Fold 2 padanya.

Sumber berkata, Samsung dikatakan memilih penjenamaan ”Z” ini kerana ia sinonim dengan konsep idea lipat dan usaha menampilkan trend gaya masa kini. Samsung juga dikatakan telah mengemaskini URL untuk Galaxy Fold di AS dengan penambahan kategori ‘Galaxy Z’ padanya. Melaluinya, kita dapat lihat Samsung kini kearah ingin menggabungkan peranti boleh-lipat mereka di bawah satu kategori penjenamaan yang sama.

Jadi, apa pandangan anda mengenai penjenamaan baru ini? Adakah ianya bersesuaian dengan konsep yang bakal dipersembahkan oleh peranti? Samsung dijangka mengumumkan peranti ini pada Ogos kelak, seiring dengan pengenalan siri Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Z Flip 5G.

Komen