Carian
25 Aplikasi Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store Selepas Mencuri Maklumat Pengguna
July 7, 2020 Effi Saharudin

Logik agak mengatakan aplikasi di gedung Google Play Store majoritinya selamat keran sering diimbas oleh sistem Play Protect. Tetapi pembangun aplikasi hasad adalah licik mencari kelemahan dan pelbagai cara digunakan untuk mencuri maklumat pengguna. Terkini Google telah membuang 25 aplikasi dari Play Store yang didapati telah mencuri maklumat log masuk Facebook pengguna menerusi skrin log palsu.

Langkah membuang aplikasi-aplikasi ini dilakukan selepas mereka menerima laporan dari Evina yang merupakan sebuah firma sekuriti siber di Perancis. Aplikasi menggunakan skrin log masuk Facebook palsu untuk menggunakan perkhidmatan tetapi sebenarnya mencuri maklumat akaun dan kata laluan mereka. Sebelum dibuang, kesemua aplikasi ini telah dimuat turun lebih 2.3 juta kali. Sekiranya anda pernah memuat turun aplikasi di bawah, sila nyahpasang dengan pantas. Tukar juga kata laluan Facebook anda segera.

Nama Aplikasi Pakej
Super Wallpapers Flashlight com.wallpaper.flashlight.compass
Padenatef com.sun.newjbq.beijing.ten
Wallpaper Level com.liapp.level
Contour level wallpaper com.communication.walllevel
iPlayer & iWallpaper com.ldl.videoedit.iwallpapers
Video Maker com.androidapp.videosedit.v
Color Wallpapers com.play.ljj.wallpapercomapss
Pedometer com.baidu.news.pedometer
Powerful Flashlight com.meituanybw.flash
Super Bright Flashlight com.tqyapp.sb.flashlight
Super Flashlight com.superapp.xincheng
Solitaire Game com.game.tqsolitaire
Accurate scanning of Meade com.tqyapp.qr
Classic card game com.card.solitairenew
Junk file cleaning com.xdapp.cleaning
Synthetic Z com.tqygame.synthetic
File Manager com.smt.filemanager
Composite Z com.game.hcz
Screenshot Capture com.tianqiyang.lww.screenedit
Daily Horoscope Wallpapers com.tianqiyang.lww.constellation
Wuxia Reader com.wuxia.reader
Plus Weather com.plus.android.weather
Anime Live Wallpaper com.tqyapp.chuangtai
iHealth Step Counter com.tiantian.lang.tencent
com.tgyapp.fiction com.tgyapp.fiction
Komen