Google Docs, Sheets Dan Slides Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap

Google Docs, Sheets Dan Slides Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Semakin hari kita dapat lihat Google begitu komited dalam usaha memberi pengalaman terbaik buat pengguna. Mereka kerap memberikan pelbagai kemas kini penting untuk aplikasinya. Sebelum ini, Google berjanji untuk menawarkan mod tema gelap pada sejumlah aplikasi utamanya dan kini, giliran aplikasi Google Docs, Sheet dan Slides untuk Android pula menerima kemaskini ini.

Menurut Google, pengguna boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi ini menerusi tetapan pada aplikasi masing-masing. Melaluinya, ia dapat memberikan penggunaan lebih baik dengan latar belakang yang berwarna hitam gelap, selain juga dapat bantu menjimatkan bateri pada peranti.

Difahamkan, sebenarnya tetapan ini boleh tersedia secara automatik apabila anda mengaktifkan mod gelap yang terbina pada sistem peranti. Dalam erti kata mudah, kalau anda sudah aktifkan tema gelap pada sistem peranti, anda tidak perlu lagi mengaktifkan aplikasi ini secara manual. Tapi jika ia dilakukan secara manual, ia akan terhad pada aplikasi sahaja.



TIPS & ULASAN