Cari @ Amanz

Di India aplikasi TikTok telah diharamkan kerana pertelagahan antara dua negara kuasa besar. Di Hong Kong pula, Bytedance yang membangunkan TikTok mengumumkan penarikan aplikasi mereka secara sukarela dari Google Play Store dan Apple App Store. Langkah ini diambil selepas undang-undang keselamatan negara baharu berkuatkuasa di Hong Kong minggu lalu.

Menerusi undang-undang ini syarikat teknologi perlu menyerahkan data pengguna kepada pihak kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi arahan memadam kandungan apabila diminta oleh kerajaan China. Undang-undang keselamatan baharu Hong Kong secara rasminya menamatkan era satu negara dua sistem yang digunakan sejak penyerahan semula bekas koloni Britain ini pada tahun 1997.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd