Imej Sebenar Samsung Galaxy Note20 Ultra Tertiris

Imej Sebenar Samsung Galaxy Note20 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Kita semua sudah tahu, Samsung dalam persediaan untuk memperkenalkan siri Galaxy Note terbaru mereka dan salah satu model daripadanya iaitu Samsung Galaxy Note20 Ultra kini menjadi topik yang hangat diperkatakan dalam kalangan ramai.

Kalau sebelum ini, ia hanya sekadar dilihat melalui foto berbentuk iklan. Kini, muncul pula maklumat tertiris mendakwa model ini mula diperlihatkan dalam imej sebenar. Ia memperlihat rekaan yang sama dengan foto tertiris sebelum ini – cumanya rekaan pada kamera nampak lebih jelas. Ia didatangkan dengan empat kamera utama. Apa yang menarik, model ini berkemungkinan besar mempunyai kemampuan zum yang tinggi menggunakan sistem periskop. Ia dapat dilihat pada lensa ketiga yang berbentuk empat segi. Selain itu, terdapat juga sensor ToF pada peranti ini.

Paparan hadapan peranti turut diperlihatkan dengan penggunaan skrin berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto. Selain itu, skrin juga kelihatan sedikit melengkung dan kemasan bezel juga nipis. Pun begitu, ciapan tersebut tidak pula mendedahkan sebarang spesifikasi utama peranti. Peranti ini dijangka diperkenalkan secara rasmi sekitar Ogos kelak.



TIPS & ULASAN