Tuna Scope – Cara Terbaru Untuk Mendapatkan Potongan Tuna Yang Sedap Menggunakan Peranti Pintar

Tuna Scope – Cara Terbaru Untuk Mendapatkan Potongan Tuna Yang Sedap Menggunakan Peranti Pintar

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Jika anda pernah menikmati sajian sashimi ikan tuna yang sangat sedap dan tiba dengan harga yang sangat mahal, restoran-restoran tersebut biasanya akan membeli potongan-potongan ikan tersebut yang dipilih sendiri oleh penjual bertauliah di pasar-pasar ikan yang besar dari Jepun.

Oleh kerana wabak COVID-19 yang sedang membelenggu dunia, ia cukup sukar untuk penjual-penjual ini merasa sendiri ikan tersebut sebelum ia dikatakan sesuai untuk dijual kepada restoran-restoran di seluruh dunia.

Kazuhiro Shimura, seorang pengarah di syarikat Future Creative Center telah membangunkan sebuah aplikasi bernama Tuna Scope yang menggunakan kecerdasan buatan yang memudahkan pemilihan ikan tuna yang berkualiti tinggi.

Sistem kecerdasan buatan tersebut dibina melalui pelbagai data yang didapati daripada pembeli-pembeli tuna tersebut yang mengetahui selok-belok kesegaran dan kesedapan pelbagai jenis tuna.

Teknik pembelajaran mesin kemudian digunakan untuk mengajar kecerdasan buatan Tuna Scope untuk membolehkan ia mengesan kesegaran dan kesedapan ikan tuna tersebut dalam masa beberapa saat sahaja.

Menurut laporan Reuters, aplikasi Tuna Scope ini sudahpun digunakan oleh ramai pembeli ikan tuna dan juga restoran-restoran kelas bangsawan di seluruh dunia sejak pandemik COVID-19 mula menular.

Dengan aplikasi ini, pihak restoran boleh memastikan bahawa semua ikan yang dihantar ke destinasi mereka bukan sahaja segar, tetapi juga sedap.

Menurut beberapa pakar pembeli tuna, aplikasi Tuna Scope ini memudahkan tugas mereka tatkala wabak COVID-19 yang masih memaksa mereka menggunakan cara-cara kreatif untuk mensahihkan kesegaran dan rasa ikan tersebut.

Akan tetapi, ia juga menyebabkan rasa risau bahawa teknik yang dipelajari mereka selama bertahun-tahun akan hilang ditelan teknologi baru ini yang boleh digunakan sesiapa sahaja.



TIPS & ULASAN