Poco M2 Pro telah diumumkan secara rasmi sebentar tadi dan sekali lagi ditawarkan pada harga yang amat mampu milik. Peranti ini dilengkapi skrin 6.67-inci LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 720G, dilengkapi sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB,
Spesifikasi kamera utama pula ialah 48+8+5+2 megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 16-megapixel yang diletakkan dalam lubang kamera. Sistem lensa yang disokong ialah sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan pengesan kedalaman.
Mengusai peranti ialah bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Ini menurut Poco dapat memberikan pengecasan sehingga 50% dalam masa hanya 30 minit. Peranti ini juga mempunyai kemampuan kalis percikan air P2i dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.
Peranti ini ditawarkan pada harga bermula dari ₹13999 (~RM799) sebuah untuk versi 4/64GB dan meningkat ke ₹16999 (~RM970) untuk versi 6/128GB.