Apple Dilihat Akan Membangunkan Cip Grafik Mereka Sendiri

Apple Dilihat Akan Membangunkan Cip Grafik Mereka Sendiri

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Sewaktu acara WWDC tempoh hari, Apple mengumumkan bahawa mereka akan mula membangunkan SoC (System on a Chip) mereka sendiri yang akan digunakan untuk menguasakan peranti-peranti MacBook mereka akan datang.

Terkini, sebuah kicauan daripada pengguna Twitter @never_released telah memperlihatkan sebuah slaid daripada sidang pembangun WWDC yang mengatakan bahawa Apple juga akan memperkenalkan cip pemprosesan grafik mereka sendiri.

Slaid tersebut memperlihatkan komponen dan sokongan untuk API grafik Metal keluaran Apple sendiri, dan pada bahagian sokongan GPU, Apple memperlihatkan sebuah GPU yang dinamakan Apple GPU.

Melalui slaid tersebut, Apple akan menggandakan Apple Silicon bersama-sama dengan Apple GPU sahaja, dan kad grafik kekal bersama-sama dengan komputer Mac yang masih menggunakan CPU Intel.

Kesahihan slaid tersebut boleh dilihat melalui sebuah video breakout WWDC untuk pembangun mengenai teknologi grafik terbaru Apple.



TIPS & ULASAN