Jika kita lihat teknologi zaman dahulu, telefon dan kamera merupakan dua peranti yang berbeza. Namun setelah menjalani pelbagai evolusi peranti, masing-masing telah hadir dengan fungsi yang ditambah baik dengan teknologi baru. Kita juga dapat lihat dimana rata-rata syarikat pengeluar peranti sekarang telah menyertakan fungsi kamera pada setiap telefon pintar keluaran mereka. vivo adalah antara syarikat pengeluar telefon pintar yang baru-baru ini melancarkan sebuah model peranti dengan fungsi Gimbal Stabilization pertama di industri telefon pintar, iaitu vivo X50 Pro.
Sebelum kita bercakap mengenai fungsi utama ini, adalah lebih baik kita tahu mengenai sistem kamera bagi vivo X50 Pro ini terlebih dahulu. Telefon pintar ini telah hadir dengan sokongan kuad kamera, iaitu gabungan sensor 48MP untuk rakaman utama, 8MP untuk rakaman periskop telefoto bersama zum optikal 5x, 13MP untuk rakaman potret bersama zum optikal 2x, serta 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar.
Selain berfungsi sebagai kamera utama, sensor 48MP ini juga menyokong untuk membuat rakaman yang lebih stabil kerana adanya fungsi Gimbal Stabilization pada vivo X50 Pro ini. Fungsi ini akan menggerakkan kamera ke posisi yang bertentangan dengan sumber gegaran. Hal ini kerana, ia direka dengan fungsi anti gegaran serta sudut putaran yang hampir menyeluruh, iaitu daripada atas ke bawah, kiri ke kanan dan gerakkan 45 darjah dari setiap sudut.
Melalui fungsi Gimbal Stabilization ini, ia sedikit sebanyak telah memenuhi keperluan para pengkarya video (vloggers) yang sering menggunakan aksesori tambahan gimbal untuk mendapatkan rakaman gambar yang lebih stabil. Dengan rekaan gimbal pada telefon pintar ini, anda tidak lagi perlu membawa aksesori tambahan, malah pergerakkan anda juga menjadi lebih mudah kerana hanya perlu membawa vivo X50 Pro ini sahaja apabila ingin merakam video dan gambar.
Bukan sekadar itu sahaja, telefon pintar ini turut hadir dengan spesifikasi yang cukup baik untuk sebuah telefon pintar. vivo X50 Pro ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, pilihan storan sehingga 256GB bersama memori sehingga 8GB RAM yang mampu untuk memuatkan lebih banyak fail serta kapasiti bateri sebesar 4315mAh. Bagi anda yang berminat, vivo X50 Pro ini telah dipasarkan pada harga bermula RM3199 melalui laman rasmi vivo.
Dengan memiliki vivo X50 Pro ini, anda tidak lagi perlu membawa aksesori gimbal berasingan kerana fungsi ini sudahpun terbina pada peranti. Ia bukan sahaja memudahkan lagi pergerakkan anda kerana ia lebih ringan, malah ia menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda, iaitu daripada membeli sebuah telefon, kamera dan aksesori gimbal secara berasingan, anda kini boleh dapatkan vivo X50 Pro ini sahaja kerana ia mempunyai kesemua fungsi yang rakaman yang ternyata memenuhi kehendak dan keperluan pengguna serta spesifikasi yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Penafian: Advertorial daripada vivo Malaysia