KKM Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Seru Pengamal Kesihatan Ke Rumah

KKM Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Seru Pengamal Kesihatan Ke Rumah

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sebuah platform tempahan atas-talian untuk memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.

Melaluinya, pengguna kelak boleh menggunakan sebuah aplikasi khusus, dan melakukan tempahan melaluinya – lebih kurang seumpama perkhidmatan seru-pandu, seru-makanan, dan sebagainya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, platform ini akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang terpilih melalui proses tender terbuka.

Buat masa ini, tarikh pengenalan perkhidmatan ini masih tidak diketahui lagi.



TIPS & ULASAN