Cari @ Amanz

Kerajaan Jepun Meluluskan Undang-Undang Untuk Mengekang Cetak Rompak Manga

Oleh Nazrin

Link Copied!

Kerajaan Jepun baru-baru ini telah meluluskan undang-undang baru yang akan menghukum mereka yang memuat-turun siri komik manga, majalah dan buku-buku ilmiah tanpa izin dan secara cetak rompak.

Undang-undang ini pernah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, tetapi telah menerima tentangan yang cukup sengit daripada pelbagai pihak kerana risau bahawa ia menyukarkan perkongsian imej dan maklumat secara peribadi.

Terkini, undang-undang tersebut telah digubal semula, dan nampaknya akan diperkenalkan bermula Januari 2021 kelak. Melalui undang-undang baru ini, mereka yang disabit bersalah memuat-turun sebarang bahan media secara cetak-rompak boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun ataupun dikenakan saman 2 juta yen (~RM80,000) ataupun kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang mengendali laman web cetak rompak manga ini, hukuman yang lebih berat menunggu mereka. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama lima tahun ataupun disaman sebanyak 5 juta yen (~RM200 ribu) atau kedua-duanya sekali.

Untuk perkongsian peribadi pula, kerajaan Jepun mengatakan perkongsian sebahagian daripada mukasurat manga, majalah ataupun buku-buku secara peribadi tidak akan dikenakan apa-apa hukuman.

Walaupun undang-undang ini dikatakan akan berkuat-kuasa pada tahun hadapan, pengelola laman-laman web cetak rompak ini mempunyai masa sehingga Oktober 1 2020 sahaja untuk menutup laman-laman web tersebut.


Komen ()