Cari @ Amanz

Tiga puluh lima tahun yang lalu Proton Saga dilancarkan secara rasmi sebagai kereta kebangsaan pertama negara. Sebagai yang hidup pada waktu tersebut, kami masih boleh ingat melihat betapa bangganya rakyat Malaysia dengan Proton Saga. Selepas hampir empat dekad prestij Proton mungkin tidak setinggi dahulu tetapi impak mereka terhadap industri automotif negara tidak boleh dinafikan.

Proton mengesahkan sebuah edisi khas kereta ini akan dilancarkan pada 9 Julai kelak tepat pada hari ulang tahunnya yang ke-35. Dari beberapa imej yang telah tertiris, Proton Saga edisi khas ini akan ditawarkan dalam warna hitam dengan rekaan yang sama seperti Saga 2019. Proton turut mengumumkan sebanyak 1.8 juta Saga telah terjual sekaligus menjadikannya kereta nasional paling popular pernah dihasilkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd