Carian
AMD
Siri CPU AMD Ryzen 3000XT Kini Tiba Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1199
July 7, 2020 Nazrin

Pada bulan lepas, AMD telah mengumumkan kehadiran kemaskini untuk siri CPU AMD Zen 2 mereka, iaitu siri AMD Ryzen 3000XT yang mempunyai prestasi tambahan kepada siri CPU AMD Ryzen 3000 sedia ada.

Melalui siri AMD Ryzen 3000 XT ini mereka memperkenalkan tiga buah CPU baru, termasuklah AMD Ryzen 9 3900XT, AMD Ryzen 7 3800XT dan AMD Ryzen 5 3600XT.

Jumlah teras untuk ketiga-tiga CPU ini adalah sama, tetapi kelajuan asas dan Boost ditingkatkan berbanding dengan model-model sebelum ini.

Model Teras/Bebenang Kelajuan Asas Kelajuan Turbo TDP
AMD Ryzen 9 3900XT 12/24 3.8GHz 4.7GHz 105W
AMD Ryzen 7 3800XT 8/16 3.9GHz 4.7GHz 105W
AMD Ryzen 5 3600XT 6/12 3.8GHz 4.5GHz 95W

Mereka yang membeli CPU ini perlu menggunakan penyejuk sendiri, kerana model ini disasarkan kepada mereka yang gemar membina PC sendiri dan gemar melakukan aktiviti melewahjam komputer.Menariknya, untuk dua daripada model-model ini, iaitu AMD Ryzen 9 3900XT dan juga AMD Ryzen 7 3800XT, AMD mengatakan kedua-dua model ini tidak akan hadir dengan penyejuk CPU.

Satu-satunya model yang tiba dengan bongkah penyejuk CPU didalam siri ini ialah AMD Ryzen 5 3600XT.

AMD Malaysia mengumumkan bahawa siri CPU ini sudah tiba di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga-harga berikut:

  • AMD Ryzen 9 3900XT – RM2299
  • AMD Ryzen 7 3800XT – RM1899
  • AMD Ryzen 5 3600XT – RM1199
Komen