Carian
Amerika Syarikat Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Untuk Menghalang Akses Ke TikTok
July 7, 2020 Aman

Baru-baru ini, India telah mengumumkan mereka mengharamkan akses kepada sejumlah aplikasi dari China, termasuk salah satunya adalah TikTok. Terbaru, selari dengannya, pihak kerajaan Amerika Syarikat turut mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menghalang akses ke beberapa aplikasi media sosial dari China, seperti TikTok.

Sebelum ini, ia diperkatakan yang mana data pelayan di China boleh diakses oleh kerajaan negara berkenaan. Walaubagaimanapun, TikTok telah memperkatakan data pengguna di beberapa negara diletakkan diluar China. TikTok sendiri dikenali dengan nama Douyin di China, dan menggunakan pelayan berbeza.

Buat masa ini, pihak kerajaan Amerika Syarikat sekadar mengatakan mereka mempertimbangkan untuk menghalang akses sahaja. Sekiranya perkara ini benar-benar diimplementasikan, maka kita mungkin melihat TikTok menghadapi cabaran dalam memperluaskan pengguna mereka – memandangkan India dan Amerika Syarikat adalah antara negara berpenduduk tinggi di dunia, selain China.

Komen