Samsung hari ini telah mengumumkan mereka akan mengadakan acara Samsung Unpacked 2020 yang seterusnya pada 5 Ogos 2020 ini. Acara bulan Ogos kebiasaannya akan menjadi fokus terhadap telefon pintar dibawah siri Galaxy Note, yang mana hadir bersama sokongan stylus dinamakan S-Pen.
Pada tahun ini, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Note 20 bersama-sama dengan telefon boleh-lipat terbaru dibawah keluarga Galaxy Fold.
Samsung bakal mengadakan acara ini secara atas-talian – disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang memerlukan penjarakkan sosial.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 Ogos 2020 ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung melalui telefon mercu terbaru mereka.