Cooler Master Melancarkan Dua Skrin Melengkung 165Hz Dengan Harga Bermula RM1399

Cooler Master Melancarkan Dua Skrin Melengkung 165Hz Dengan Harga Bermula RM1399

Diterbitkan pada July 8, 2020 oleh .

Cooler Master ialah jenama yang lebih sinonim dengan sistem penyejukan, kerangka dan sumber kuasa untuk PC. Tetapi mereka juga mengeluarkan monitor untuk peminat permainan video untuk pasaran Malaysia semalam. Cooler Master GM27-CF dan GM34-CW adalah dua monitor skrin melengkung dengan kadar segar semula sehingga 200Hz.

GM27-CF ialah monitor 27″ FHD dengan skrin melengkung 1500R panel VA. Ia mempunyai sokongan kadar segar semula 165Hz  yang boleh dilewah jam ke 200Hz dan juga sokongan AMD FreeSync. Ia turut mampu memaparkan 90% warna DCI-P3

GM34-CW pula ialah monitor 34″ WQHD dengan skrin 21:9 melengkung 1500R panel VA dengan teknologi Quantum Dot. Ia mempunyai sokongan kadar segar semula 144Hz  yang boleh dilewah jam ke 200Hz dan juga sokongan AMD FreeSync2. Ia turut mampu memaparkan 95% warna DCI-P3 serta Display HDR400

Di Malaysia Cooler Master GM27-CF dijual pada harga RM 1,369 manakala Cooler Master GM34-CW pada harga RM 2,999.



TIPS & ULASAN