Nokia C2 Hadir Ke Malaysia – Berasaskan Android Go, Berharga RM259

Diterbitkan pada July 8, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia Malaysia kini melalui Macpie Distribution telah pun membawa masuk salah satu telefon pintar dengan spesifikasi asas, dan dijana Android Go.

Nokia C2

Nokia C2 hadir menggunakan skrin 5.7-inci HD+, dijana cip empat teras 1.4Ghz, memori 1GB RAM dan storan 16GB. Ia turut dilengkapi bateri 2800mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Melengkapkan telefon pintar berspesifikasi asas ini adalah kamera belakang 5-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel. Nokia C2 turut hadir dengan butang akses pantas ke Google Assistant.

Di Malaysia, Nokia C2 ini hadir pada harga RM259 sebuah, dan sudah boleh didapati bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami