PT Telekomunikasi Indonesia Membuka Sekatan Terhadap Netflix

PT Telekomunikasi Indonesia Membuka Sekatan Terhadap Netflix

Diterbitkan pada July 8, 2020 oleh .

Apabila Netflix mula membuka perkhidmatan penstriman mereka untuk seluruh dunia empat tahun yang lalu, Indonesia merupakan diantara negara-negara yang menyekat akses kepada perkhidmatan tersebut.

Setelah pelbagai perbincangan yang memakan masa beberapa tahun, syarikat PT Telekomunikasi Indonesia akhirnya membuka sekatan keatas Netflix baru-baru ini.

Kerajaan Indonesia pada mulanya menyekat perkhidmatan tersebut kerana kandungan yang dibawa masuk oleh syarikat tersebut. Oleh kerana Netflix masih tidak mempunyai kehadiran di rantau ini, ia juga menyukarkan mereka untuk mendengar permintaan kerajaan tersebut.

Pembukaan sekatan oleh Telkom Indonesia ini juga hadir dengan beberapa syarat. Diantaranya ialah penawaran ciri kawalan ibu-bapa dan juga penelitian aduan dalam masa 24 jam apabila ia dibuat oleh pihak kerajaan.



TIPS & ULASAN