Carian
Tablet Samsung Dengan Cip Exynos 9810 Dan Bateri 5,000mAh Tertiris
July 8, 2020 Amy Maizuraa

Tiada angin, tiada ribut secara tiba-tiba desas-desus berkaitan tablet Samsung yang seterusnya kini hangat diperkatakan di arena web. Tablet berkenaan dikatakan telah ditemui di laman pensijilan TUV Rheinland dan Geekbench dengan sejumlah spesifikasi.

Pensijilan TUV Rheinland memperlihatkan peranti ini akan dilengkapi bateri besar 5,000mAh. Dalam perkongsian berbeza, senarai Geekbench pula menunjukkan peranti yang muncul dengan kod nama Samsung SM-T575 ini bakal menggunakan cip pemproses Exynos 9810, memori 4GB dan perisian Android 10 terkini.

Penyenaraian turut menunjukkan peranti berjaya menjaring skor sebanyak 285 mata untuk ujian satu teras dan 1116 mata untuk ujian pelbagai teras. Ini ialah pemproses yang agak berusia kerana digunakan pada Galaxy S9 dan Note 9 dua tahun lalu. Buat masa ini, tiada sebarang perkongsian yang mendedahkan nama rasmi model dan mungkin kita akan mendengar lagi mengenai peranti dalam masa terdekat ini.

Komen