Cari @ Amanz

Amazon Prime Video adalah satu lagi platform penstriman video yang boleh diakses di Malaysia tanpa sebarang VPN. Cuma, cara pembayaran adalah dalam bentuk USD dan bukannya MYR. Ia juga tidak begitu popular, mungkin kerana kandungannya yang tidak menepati citarasa orang Malaysia. Tetapi, saya jenis yang gemarkan menonton banyak filem dan siri TV – Prime Video mempunyai siri Jack Ryan dan The Office yang membuatkan saya langgan platform ini.

Kekurangan Prime Video adalah, ia tidak mempunyai kemampuan membuat profil sehinggalah baru-baru ini diperlihatkan di beberapa buah negara. Terkini, kemampuan membuat profil ini sudah tiba secara lebuh meluas termasuk di Malaysia. Satu akaun Prime Video menyokong enam profil, yang mana profil pertama adalah pemilik akaun dan hanya tiga peranti boleh menstrim serentak dengan syarat dua peranti sahaja yang menstrim kandungan yang sama. Kemampuan membuat profil ini adalah melalui Amazon Household, iaitu ciri kongsi kaedah pembayaran kepada lebih satu akaun.

Dengan membuat profil ini, pengguna profil kedua akan log masuk melalui akaun Amazon mereka tersendiri seperti Apple atau Google. Gambar profil pengguna walau bagaimanapun, tidak boleh diubah lagi buat masa ini. Paling mengejutkan adalah, pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan atau menyahaktif kemampuan membuat profil ini – tetapi sekali sahaja dinyahaktif ia tidak lagi boleh diaktifkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd