Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan sokongan navigasi yang baik melalui penawaran pemetaan, Google Maps. Kini, dalam usaha membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan lebih baik lagi, pihak Google dilihat telah mula menguji integrasi paparan lampu isyarat pada peta.

Masih pada peringkat ujian lagi pada masa kini, ciri baru ini ditemui oleh Droid-Life, dan didapati hanya dipaparkan untuk pengguna Android sahaja. Dengan langkah ini, pengguna akan dapat mengetahui dimanakah kedudukan lampu isyarat, sekaligus memudahkan perancangan perjalanan ke sesuatu destinasi.

Dengan integrasi ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses navigasi – selain memudahkan pengguna mengetahui kebarangkalian mereka perlu berhenti beberapa kali dalam perjalanan.

Buat masa ini, kami masih belum dapat melihat paparan lampu isyarat ini di Google Maps. Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda dapat melihatnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd