Cari @ Amanz

Warner Bros mempunyai bahagian permainan tersendiri yang menerbitkan sejumlah permainan video terkemuka, termasuk Batman, Mortal Kombat, Harry Porter dan sebagainya. Terbaru, ia diperkatakan Microsoft berminat dalam mendapatkan bahagian perniagaan berkenaan.

Sekiranya benar, maka Microsoft akan mempunyai studio permainan, selain mempunyai sejumlah permainan menarik dibawah mereka – yang mungkin akan lebih dioptimasikan untuk Xbox.

Selain Microsoft, antara syarikat lain yang turut dikatakan berminat adalah termasuk Take-Two Interactive, Activision, dan juga EA. Ia dikatakan, bahagian perniagaan Warner Bros untuk permainan ini mencapai nilai sekitar $4 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd